Assalamualaikum . Moga hati , akhlak dan iman terjaga ^_^

Nampak tak post entry hihi , well sekali sekala kena muhasabah diri , jum jum baca entry ni , nedy ada baca kat blog orang then nedy suka sangat entry pasal ni so nedy terus copy mungkin berguna untuk readers kan kan . Well ni blog dy : https://www.niawanpin.blogspot.com

Sewaktu di yaumal wanita akan menarik bersama-sama empat golongan lelaki ke dlm neraka .
Na'uzubillah , artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama terhadap kaum wanita .


Apakah tanggungjawabnya ? jom laksanakan !

Anda seorang ayah ?

Apabila seorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberi segala keperluan agama seperti mengajar solat , mengaji dan sebagainya .
Membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat , tetapi memberi kemewahan dunia saja . Maka dia akan ditarik oleh anak perempuannya .


*jangan jadi macam ni ea kaum hawa :(  huhu

*****
Anda seorang suami ?

Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas di pejabat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguhdan puas a tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

p/s: Hawa , auratmu hanya untuk suamimu . elak tabarruj .

*****
Anda seorang abang yang mempunyai adik-adik perempuan ?

Apabila ayah sudah tiada tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik perempuan jatuh kepada abang-abangnya . Jikalau mereka hanya mementingkan kelurganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong daripada ajaran Islam tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

*****

Anda sebagai anak lelaki ?

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut islam ,
bila ibu membuat kemungkaran mengumpat , mengata dan sebagainya , maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan dia akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya.



Hebatnya tarikan kaum wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat. kaum lelaki yang bergelar ayah , suami , abang , atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan .




Maksud Firman ALLAH S.W.T :



" HAI ANAK ADAM , PELIHARALAH DIRI KAMU DAN AHLIMU DARIPADA API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA , JIN DAN BATU-BATU...."




*gambar hiasan

Kaum wanita , kasihkanlah ayah anda, suami anda , abang-abang dan anak-anak lelaki anda.
Kasihankanlah mereka dan diri anda sendiri , jalankan perintah Allah S.W.T bersungguh dan ikhlas :)




sekadar perkongsian. moga ALLAH redha ღ